Saturday, April 2

The last day of March!

AMAT PEDIH BAGI KU!
tak sanggup ku tempuhinya lagi.


Pagi itu, Tiada apa apa pun yang berlaku, hanya menjalani hari tersebut dengan biasa biasa sahaja. Tiada yang terlintas di fikiran ku. Tempuhi dengan sabar! Tidak sedikit pun rasa bimbang, takut takut sesuatu terjadi tatkala aku mengharungi hari itu..


Kini, bermula lah peristiwa itu. Tidakku sangka ini berlaku. Peristiwa bertarikh 31 March 2011. Pada mulanya, ku rasa mampu bertahan lagi. Masih boleh ketawa! Sejurus kemudian, perasaan itu muncul. Baru ku sedar... Kenapa? Kenapa aku yang harus menghadapi nya?? Perasaan ku bercampur aduk. Tidak senang duduk. Kau harus bantu aku. Ya, kawan kawan aku ada disekeliling,  namun mereka tidak mampu untuk menolong aku. Aku juga tidak mengharapkan mereka membantu aku, biarlah aku yang menanggung semuanya.

AMAT PEDIH! 

Air mata yang tak di undang telah mengalir laju di pipi ku. Pada mulanya, hanya bergenang di mata ku. Kawan kawan terkejut, kenapa terjadi kepada aku seorang! Aku tak sanggup lagi nak lalui nya. Amat pedih.. Amat sakit... Harus ku bertahan, tidakkan ku mengalah dengan perasaan kecil ku ini. Angkara kamu, aku telah menangis. Tolonglah! jauhkan dirimu daripada ku. Aku tak mahu lagi bersua muka dengan kamu. Kita saling tidak mengenali. Benarkah? Aku dah pernah jumpe KAMU!!! Kenapa cam ni? pada mulanya kau... hermm! dan akhirnya kau... mampu mengalirkan air mata ku. 


Tisu di meja ku tarik perlahan lahan, lalu ku kesat air mata. Tidak mahu orang lain melihat apa yang terjadi pada ku. Sobsebsobseb!! tak mampu menahan... Ku teguk air mineral, mahu menghilangkan sedikit rasa.. sssooobbb!! MEREKA GELAK?? For the first time, aku di gelak kerana mengalirkan air mata. Bodohkah aku? Tak mengapa. hanya bersabar! Harungi nya dengan sabar... Tuhan... tak mampu aku teruskannya lagi.........





p/s ; tula padah nya makan nasi goreng, dah tao pedas. pegi beli jugak! Kan da kuar air mata hmm!

31 MARCH 2011 [ pengajaran buat aku. takkan sanggup ku makan nasi goreng tu lagi ] hehe.

3 comments:

  1. alah . kaq sarfa , punye lah tragik cite . tapi last-2 berakhir sebab kepedasan makn nasi goreng jee ? aiyoo -.-'
    dop tekang mane pun ambe . -.-'

    ReplyDelete
  2. ngek 1 mangat aku bce, p last2 pun aku tgok yang ending je. pelik tep bunyi **

    ReplyDelete

kotak kosong.